Internet Download Manager 5.15 - Download manager pilihan aku..

Filed under: by: Ashraf Hakim



What's new in version 5.15 (October 28, 2008):
- Added IDM Download Panel for Firefox and other Mozilla based browsers that appears on top of a web-player when IDM detects a multimedia request from the web-player. IDM download panel is used to download and save audio and video files that are played by the web player. It can be used to download flash videos from sites like YouTube, MySpaceTV, Google Videos, etc.
- Made a workaround for a problem with downloading attachments from different yahoo servers
- Enhanced processing of downloads for different types of servers
- Also this version includes all latest bug fixes

KLIK SINI

enjoy!!!!

Tahukah Anda ???

Filed under: by: Ashraf Hakim

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ?

kekekeke!!! OK dah pegi buat keja.......

Azan Berkumandang 24 Jam Sehari

Filed under: by: Ashraf Hakim

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Seperti tidak mungkin matahari terbit dari Barat, bagi masyarakat Islam tidak pernah mereka terbayang bahawa Azan, atau panggilan melakukan solat lima kali sehari, suatu hari nanti tidak lagi dilaungkan.

Panggilan solat berirama itu sudah mendarah daging dengan masyarakat Islam dan diamalkan di mana sahaja terdapat penduduk Islam di seluruh dunia.

Dari segi bahasa, Azan bermaksud al-ilam (pemberitahuan) atau an-nida (seruan) dan hukumnya ialah sunat muakkad. Melaungkan Azan merupakan fardu kifayah bagi sesuatu kumpulan dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua anggota kumpulan itu.

Bagi individu pula ia merupakan sunat aini iaitu pahala sunat akan diperoleh oleh seseorang itu yang melakukannya.

SEJARAH AZAN

Terjemahan Azan secara harfiah: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Aku bersaksi bahawa Muhammad Pesuruh Allah, Marilah mengerjakan solah, Marilah menuju kejayaan, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.

Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya satu.

Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi.

Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.

Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.

Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat

Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.

Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".

Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya...)

Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.

Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.

Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram -- pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz "as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).

Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.

FENOMENA AZAN

Namun yang menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.

Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.

Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.

Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.

Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.

Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.

AZAN DI MALAYSIA

Azan di RTM begitu dihargai ketika RTM memulakan langkah mengumandangkan Azan di radio dan televisyen, tanda masuknya waktu solat fardu lebih 30 tahun dulu.

Antara rakaman suara muazzin yang diingati kerana kemerduan dan keunikannya ialah bilal Masjid Shah Alam, allahyarham Shafie Kati.

Kelunakan Azannya ketika itu, tidak menghairankan kerana allahyarham ialah johan qari tilawah Alquran peringkat kebangsaan pada 1979/1987 dan naib juara peringkat antarabangsa tahun 1987.

Beliau merupakan bekas anak murid tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2002 Datuk Hassan Azhari. Allahyarham Shafie yang meninggal dunia pada 1998 menjadi bilal pertama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu, sejak 1987.

Menurut Imam masjid itu, Ahmad Mustafa Mohd Sidin, laungan azan Shafie unik kerana allhayarham menggunakan lagu atau tarannum "Nahwand" yang agak jarang kedengaran kini, tetapi pernah dikumandangkan oleh Bilal di Masjid Negara (sudah bersara) dan seorang lagi - penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim.

"Allahyarham Shafie ialah anak murid kesayangan Hassan," kata Ahmad Mustafa yang turut menuntut ilmu daripada tokoh agama yang disegani itu.

Kebetulan Hassan juga pernah memperdengar seruan azannya di masjid itu, semasa perasmiannya pada pada 1988, juga semasa perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei

Cara2 nak Top-Up RM10 bleh tahan sebulan...

Filed under: by: Ashraf Hakim

Org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..

top-up RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan...
Top-Up RM20 ble tahan tiga bulan....
member2 aku boleh ketawakan aku masa mula2 aku cakap tips ni dulu...
tah2 korg pn sama jugak ketawakan aku....tak per!!!!!!! tak caya sudah!!!!
aku tak rugi sesen pn.....korg yg rugi sebab tak cuba try buat dulu....

tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..
mgkin rezeki aku aritu kot!!,tapi tak jugak...aku dah cuba buat 4/5 kali dah, member ajr camne nk buat crossing account, coz dia keje kt bhgn System Development Telecom,
namanya dan syarikatnya terpaksa di rahsiakan atas sebab2 keselamatan.

kekdg aku tlg gak member trdekat topup, tp aku amik untung sket aar..
buat modal Top-Up untuk bulan depan....hehe

Ok lah!! secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI
untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg aku tak tau, ingat??
orang tamak selalunya rugi (kata orang tua2).

timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas saja dlm kul antara 3am dan 4 am sahaja. (ingat tu!!)
coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try & error.

1) beli topup RM 10...gesek & ready.
2) korg type <**REC RM10**# > , then send to 2888 (kalau Celcom ler)
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin.
4) pastu korg type <**REC RM10**##> < *123456#> msuk kan 6 digit td, send 2888
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya ; <01234567891023> cuma tambah (*#) di no akhir topup number & send to 2888
6)tak lama pastu diorg akn reply;

>> "tengkorak kau berjambul.. ingat ni company Pak Lah Hang yg punya ke?
nk msuk toilet pun kene byr 20sen tau!!, ni senang2 kau nk topup 10 ringgit nak pakai seumur idup plak tu!! bnyk cantik muka kau"<<

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu..
boleh kecik ati kita tau!! ignore je msg tu... buat2 pekak jer...
kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari diatas dlm pelbagai bahasa yg ada dlm malaysia kita ni....
blh menitik air mata kita beb.... wa cakap lu....

ok!! teruskan membaca k?? ammaakkkk

Selamat Hari Raya...

Filed under: by: Ashraf Hakim

More AIDILFITRI graphics

Selamat Hari Raya kepada Member2ku Di SMK Dato seri Maharajalela..terutama kelas 4SN1,4SN2,4ST dan semua yg kenal aku..